Semangatku semakin pudar. Mungkin sesekali hampir melumpuhkan diriku sendiri. Jasadku kini bisa menggerakkan roh-roh yang mencerminkan diriku sendiri. Aku termenung,.....tunduk...memikirkan apa yang bakal terjadi padaku dalam meniti saki baki hidup ini.. Ahhhhh...payah sekali...setiap yang hidup pasti akan melalui denai-denai dan titian kehidupan yang bakal melakari sebuah lagi episod dalam kehidupan kita.
Aku hanya termenung jauh. sesekali terdetik dalam diriku ini, betulkah manusia itu pelbagai? Mengapa dicipta sedemikian rupa? Mengapa tidak diciptakan manusia itu sama sahaja? Mungkin Maha Suci yang di atas sana memegang jawapannya. fikirannku masih ligat berfikir. Mengapa manusia itu juga diciptakan dengan pelbagai karenah dan sikap? Barangkali ujian yang maha Esa mungkin? Bukankah diciptakan manusia itu pelbagai?? Mengapa perluku cari jawapan lagi? Ahhhh....begitu banyak persoalan sungguh! Kusut aku dibuatnya memikirkan permainan persoalan ini.
Aku masih asyik bermain dengan fikiranku. Melayang terbang entah ke mana. Acapkali soalan-soalan itu kerap timbul dalam benak fikiranku. Sukar bagiku untuk mencarinya. Biarlah masa yang menentukan. Yang pasti, tuhan di atas sana tahu apa yang dilakukannya. Aku harus teruskan hidup. Masih banyak lagi perkara yang harusku lakukan. Persoalan-persoalan ini pasti bisa terungkai suatu hari nanti. Ya......Itu sudah pasti!
Secalit inspirasi daripada:
Penyanyi: Miley Cyrus feat David Archuleta
Tajuk Lagu: I Wanna Know You
Klik pada link untuk lirik lagu
No comments:
Post a Comment