Tuesday 31 May 2011

Sesalku

                            Aku berjalan seperti jasad yang tidak bernyawa. Sungguh gelap hidupku ini. Sinar cahaya seakan semakin gelap menyuluhi aku. ....Mengapa diriku kini seperti tidak bermaya lagi...HANYUT dalam segala perkara yang aku ciptakan sendiri....MINDAKU..JASADKU....HATIKU, seperti terkunci untuk menyembah Mu...Mengapa Ya Allah? Mengapa selemah ini imanku?

                           Kesal aku memikirkannya...Aku dinodai dengan duniaku sendiri......Walhal aku mampu memilih untuk meniti di jalan Mu ..Ya Allah....aku GAGAL....berkali-kali sudah ku daki tanggaMu ...tapi..berkali-kali juga aku jatuh!!!..aku sememangnya seorang yang lemah..Ya Allah...bangkitkan aku...bangunkan aku..SEDARkan aku..

Aku......aku sudah terlampau lama terlena dalam mencari keredhaanMu...
diriku kini KESAL....aku bangun di subuh Mu...aku merenung diluar....Ya Allah...Maha suci Allah yang menjadikan fajar itu sangat ISTIMEWA...Kau menunjukkan kekuasaanMu yang membuatkan ku terus SUJUD menyembaMu wahai tuhan yang Esa....padamulah Tempat ku bersujud....Menangisi air mata penyesalan....MENYESAL...Ya Allah.....Aku sangat Menyesal...Aku Malu dengan apa yg telah aku lakukan..

                          Di saat fajar yang menyinsing ini, kurapatkan kedua-dua tanganku......Aku berdoa kepadaMu... Padamlah segala api kejahatan... Padamlah segala Api kemaksiatan...Padamlah segala api yang bisa membuatku terleka daripada mengingatiMu, Ya Allah... Sesungguhnya kaulah tuhan yang mampu melakukan dan merubah segala-galanya..

Ya Allah....Sesungguhnya HIDUPKU,  SUJUD terakhirku, MATIKU.....Hanya padaMU....Ya Allah... 

~AMIN~

Secalit Inspirasi daripada:
Penyanyi: Raihan
Tajuk Lagu: Iktiraf



Klik  pada link untuk lirik lagu

Hidup Ini

          Beberapa hari lepas saya berkesempatan untuk menonton filem Hairspray yang ditayangkan di televisyen. Bagi saya filem ini memiliki suatu tarikan yang amat unik sekali. Jalan ceritanya ringkas tetapi masih mampu menyuntik elemen yang kadang kala mampu membuatkan kita berfikir sejenak. Mungkin sesetengah berpendapat hero kacak dalam cerita ini iaitu Zac Efron merupakan pelaris untuk seseorang menontonnya. Tetapi bagi saya ia hanya sekadar satu bahan penarik sahaja dan jalan ceritanya tidak terjejas sama sekali jikalau hero itu tidak berlakon sekalipun. Jika di nilai dari sudut pandangan yang berbeza, ia bukannlah hanya sebagai suatu filem bercorak muzikal seperti filem High School Musical dan Mamma Mia, namun ia lebih kepada filem yang memperjuangkan ideologi-ideologi perkauman yang berlaku di Amerika pada waktu itu dan bagaimana elemen-elemen ini membatu menyatukan mereka yang berkulit hitam dengan mereka yang berkulit cerah.. Sentimen ini disuntik supaya jalan ceritanya lebih menarik daripada hanya bercerita tentang golongan remaja yang suka berhibur.

          Semasa menonton filem ini, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada saya bila mana pada waktu itu dasar apartheid masih lagi di amalkan di Amerika. Mereka yang berkulit hitam dinafikan hak pada waktu itu termasuklah hak untuk berhibur. Apa yang membuatkan saya berfikir pada waktu itu adalah semangat bagaimana mereka ini boleh bangun menentang penindasan ini. Kadang kala hidup ini memerlukan banyak pengorbanan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada generasi yang akan datang. Malaysia sekali pun tidak terlepas dalam masalah ini. Kita sendiri dapat melihat bagaimana golongan terdahulu memperjuangkan kemerdekaan supaya generasi kita dapat merasai segala kemudahan dan kebebasan seperti sekarang.

          Kita sendiri perlu belajar untuk melepaskan diri kita dari terjebak dengan pelbagai perkara yang buruk. Kita juga harus mencari pelbagai pengalaman hidup supaya ia boleh menjadi sesuatu yang berguna pada masa hadapan. Bukankah pengalaman itu merupakan guru yang terbaik untuk kita? Di sini apa yang ingin ditekankan ialah kita harus berjuang bukan sahaja untuk orang lain tetapi juga untuk diri kita sendiri. Perjuangan bukan hanya semata-mata di medan perang namun ia lebih kepada melepaskan diri kita daripada anasir-anasir negatif. Perjuangan tidak akan terhenti selagi kita semua masih hidup.

      Untuk merasai kehidupan yang lebih selesa, seseorang itu perlulah sanggup menghadapi sebarang rintangan yang mendatang. Hidup memerlukan pengorbanan dan jati diri yang kuat. Hiduplah demi masa depan anda semua. Hiduplah demi generasi akan datang. Hiduplah demi agama dan tuhan anda. InsyaAllah, Anda bakal ketemu matlamat sebenar mengapa anda hidup selain hanya menjadi khalifah di muka bumi ini.

Secalit inspirasi daripada:
Penyanyi: Queen Latifah
Tajuk Lagu: I Know Where I've Been



Sila klik link untuk Lirik lagu


Thursday 26 May 2011

Di sini segalanya bermula

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca sekalian. Untuk entry yang pertama saya tidak mahu menaipnya terlalu panjang. Cukuplah sekadar perkenalan kita bersama. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Penulisan Kreatif (SKMM2083) iaitu PM Dr. Misran Rokimin dan PM Dr Mawar Shafei. Dengan adanya blog ini saya berharap saya mampu untuk kembali aktif kerana sebelum ini saya juga sudah memiliki blog yang sendiri. Tetapi disebabkan kekangan masa, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menulis blog lagi. Diharap dengan segala penulisan kreatif yang terkandung di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada pembaca.