sukar untukku mengungkapkan diriku dengan kata-kata, sukar untukku menceritakan segala-galanya, terserah kepada kalian untuk mentafsirkannya, Aku hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan. Andai coretan ini menguris hati kalian....Aku amat memohon maaf dari mu. Moga Allah memberikan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.
Thursday, 26 May 2011
Di sini segalanya bermula
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca sekalian. Untuk entry yang pertama saya tidak mahu menaipnya terlalu panjang. Cukuplah sekadar perkenalan kita bersama. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Penulisan Kreatif (SKMM2083) iaitu PM Dr. Misran Rokimin dan PM Dr Mawar Shafei. Dengan adanya blog ini saya berharap saya mampu untuk kembali aktif kerana sebelum ini saya juga sudah memiliki blog yang sendiri. Tetapi disebabkan kekangan masa, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menulis blog lagi. Diharap dengan segala penulisan kreatif yang terkandung di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada pembaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment