Thursday 29 September 2011

Sengkangan


Aku dan dia...Masih bertentang mata....
Redup matanya kadang kala memaparkan seribu satu kisah..
Ahhh!!..sukar sekali aku ingin mentafsirkannya..
Mungkin... aku dan dia terlalu berbeza??..Mungkin sekali!

Sengkangan itu mulai jauh....jauh sekali...
Pabila hatiku mula terdetik, jiwaku hanya mampu menyanyi sunyi...
tika itu,... roh seperti tidak mahu bersatu dengan qalbu...
Saat itu juga..aku jatuh!..Aku lemah sekali!


Arigato!


 Hatiku mula tersentak apabila menanyakan soalan kepada beberapa orang kawan.



"Kenapa buat macam ni?" disusuli dengan jawapan beberapa saat selepas itu..


"Sebab kami semua sayang awak."


Jawapan yang cukup ringkas tapi mendalam maksudnya!!                
Arigato kawan!

Ikhlas


Ikhlas. jauhkan kami dari keangkuhan yang menjadi raksasa dalam hati. bebaskan kami dari ketakjuban akan kuasa yang kononnya dimiliki. wahai Tuhan, lapangkan rezeki yang diberi penuh ikhsan ini, agar kami dapat berbahagi. ikhlaskan hati kami!

Sunday 25 September 2011

Aku


Lewat ini, diri terasa asing sekali...
Langkah semalam seperti tidak ditinggalkan jejaknya...
mungkin kayuhan hidupku masih belum sempurna...
Ya mungkin sekali!!..Ayuh! kuatkan kayuhan!


Tak mungkin bagiku menafikannya...
Tak mungkin juga bagiku untuk menerimanya...
jiwa semakin kosong! Masih banyak yang perlu diisi...
tika ini....tsunami itu tidak akan kembali lagi...


Tika ini juga,... aku lihat refleksi diriku....
Pada cermin...mungkin juga hanya pada bayangan mindaku...
Fikiranku masih kusut...Aku pusing sekali!
Benarkah ini aku??? Mungkin ya....Mungkin sekali tidak!
Ahhhh!! ribut sekali!!

Friday 23 September 2011

Senafas


Masih di situ.....
tidak berubah sedikitpun...
Resah dan gelisah,.. masih dipenjuru..
Di situ jua aku lihat sinaran..,cuma kini gemerlapannya semakin malap..


Mungkin orbit-orbit itu masih sama??Barangkali juga..
Mungkin juga jasad seperti tidak mahu seiring dengan rohnya?Barangkali juga ya..
hati hanya mampu melontar bibit-bibit sunyi...
Senafas aku helakan...Senafas ini juga aku berfikir!..
Ya!...memang senafas!

Tuesday 20 September 2011

Ayuh!!


Masih berkeadaan sama....
aku berjalan....jalan..... dan teruskan berjalan....
kakiku mulai laju.....hatiku mula berdetik...lesu..., 
di situ aku lihat cahaya.


Mungkin keadaannya sangat berbeza..
paksi semakin berubah....Ya itu pasti!!
putaran orbit-orbit momentum perasaan semakin bergerak songsang
Di situ juga aku tenggelam di ruang infiniti.


Aku lepaskan molekul-molekul itu...aduh!!..penat lelah mencengkam seisi ruang...
tak mungkin sama seperti dulu...tak mungkin menyatu kembali..
Kerana kita semua jauh sekali! Ayuh bangkitlah!!

Monday 19 September 2011

Tentang Semalam


 Tentang semalam,
Ku biarkan ia berlalu…ku biarkan ia menjadi memori, ku biarkan ia dengan sisa-sisa langkahku, tak akanku menoleh walau sesaat sekalipun


Tentang semalam,
Akanku jadikan pengalamanku, akanku jadikan peyuntik semangatku, akanku jadikan bintang yang bakal bergelapan, tika itu, kau sinari hidupku untuk terus melangkah kehadapan

Tentang semalam,
Harusku telan walaupun pahit, harusku lupa segala-galanya, harusku terbang bersama mimpi-mimpiku, harusku kuat demi masa depan ku, Pasti ada sinar bintang di sebaliknya

Tentang semalam,
Biarku dengan hidupku, biarku lalui denai-denai kehidupan ini……..Biarku sendiri………..Andaiku bisa putarkan masa, akanku jahit imej-imej semalam itu menjadi selembar memori yang bisa menjadi penemanku di sudut suatu ketika nanti…