Thursday, 29 September 2011

Ikhlas


Ikhlas. jauhkan kami dari keangkuhan yang menjadi raksasa dalam hati. bebaskan kami dari ketakjuban akan kuasa yang kononnya dimiliki. wahai Tuhan, lapangkan rezeki yang diberi penuh ikhsan ini, agar kami dapat berbahagi. ikhlaskan hati kami!

Sunday, 25 September 2011

Aku


Lewat ini, diri terasa asing sekali...
Langkah semalam seperti tidak ditinggalkan jejaknya...
mungkin kayuhan hidupku masih belum sempurna...
Ya mungkin sekali!!..Ayuh! kuatkan kayuhan!


Tak mungkin bagiku menafikannya...
Tak mungkin juga bagiku untuk menerimanya...
jiwa semakin kosong! Masih banyak yang perlu diisi...
tika ini....tsunami itu tidak akan kembali lagi...


Tika ini juga,... aku lihat refleksi diriku....
Pada cermin...mungkin juga hanya pada bayangan mindaku...
Fikiranku masih kusut...Aku pusing sekali!
Benarkah ini aku??? Mungkin ya....Mungkin sekali tidak!
Ahhhh!! ribut sekali!!

Friday, 23 September 2011

Senafas


Masih di situ.....
tidak berubah sedikitpun...
Resah dan gelisah,.. masih dipenjuru..
Di situ jua aku lihat sinaran..,cuma kini gemerlapannya semakin malap..


Mungkin orbit-orbit itu masih sama??Barangkali juga..
Mungkin juga jasad seperti tidak mahu seiring dengan rohnya?Barangkali juga ya..
hati hanya mampu melontar bibit-bibit sunyi...
Senafas aku helakan...Senafas ini juga aku berfikir!..
Ya!...memang senafas!

Tuesday, 20 September 2011

Ayuh!!


Masih berkeadaan sama....
aku berjalan....jalan..... dan teruskan berjalan....
kakiku mulai laju.....hatiku mula berdetik...lesu..., 
di situ aku lihat cahaya.


Mungkin keadaannya sangat berbeza..
paksi semakin berubah....Ya itu pasti!!
putaran orbit-orbit momentum perasaan semakin bergerak songsang
Di situ juga aku tenggelam di ruang infiniti.


Aku lepaskan molekul-molekul itu...aduh!!..penat lelah mencengkam seisi ruang...
tak mungkin sama seperti dulu...tak mungkin menyatu kembali..
Kerana kita semua jauh sekali! Ayuh bangkitlah!!

Monday, 19 September 2011

Tentang Semalam


 Tentang semalam,
Ku biarkan ia berlalu…ku biarkan ia menjadi memori, ku biarkan ia dengan sisa-sisa langkahku, tak akanku menoleh walau sesaat sekalipun


Tentang semalam,
Akanku jadikan pengalamanku, akanku jadikan peyuntik semangatku, akanku jadikan bintang yang bakal bergelapan, tika itu, kau sinari hidupku untuk terus melangkah kehadapan

Tentang semalam,
Harusku telan walaupun pahit, harusku lupa segala-galanya, harusku terbang bersama mimpi-mimpiku, harusku kuat demi masa depan ku, Pasti ada sinar bintang di sebaliknya

Tentang semalam,
Biarku dengan hidupku, biarku lalui denai-denai kehidupan ini……..Biarku sendiri………..Andaiku bisa putarkan masa, akanku jahit imej-imej semalam itu menjadi selembar memori yang bisa menjadi penemanku di sudut suatu ketika nanti…


                                     

Monday, 20 June 2011

Antara mimpi dan Impian

Kata orang, tanpa mimpi dan angan-angan, impian pasti tidak akan tercapai. Aku hanya temenung sejenak ke luar jendela. Bunyi unggas sesekali memecah kesepian malam. Fikiranku masih tertancap pada persoalan ini. Cuba bayangkan jika manusia tidak mempunyai mimpi? Bagaimana ya? Jika begitu, sudah pasti tidurnya hanya gelap dan jelaga sahaja. Tidak indah sekali! Tiada percikan sinar, tiada gemerlapan bintang dan yang hanya ada cumalah gelap malam sahaja. Ahhhhh....bosan sungguh!. Maha suci Allah telah menjadikan mimpi itu indah. Cuma kadang-kadang kita sahaja tidak pandai merealisasikan mimpi itu. Mimpi yang sebegitu hanya kekal mimipi dan tidak bisa menjadi impian. Antara mimpi dan impian, dua-dua bersangkutan. Akanku biarkan mimpi-mimpiku melakar impian yang bakal dibina. InsyaAllah.... Itu sudah pasti!!




Secalit inspirasi daripada:
Penyanyi: S club 7
Tajuk lagu: Never Had A Dream Come True



Sila klik pada link untuk lirik lagu

Sunday, 19 June 2011

Seindah Memori


Angin petang meniup sepi. Kadang-kadang, sapaannya mengenai dan membelai rambutku. Ahhh...sungguh tenang hari ini. Aku seperti berada ke awang-awangan. Sedikit sebanyak angin sepi itu membawa diriku terbang. Aku terbang bertemankan memori-memori semalam. Cukup mempersonakan! Jiwaku mula bergetar, hatiku mula bernyanyi sunyi dan ingatanku pula mula melakari sejarah semalam. Bagaimana keadaan datuk-datuk dan nenek-nenek di sana? Apa khabar dengan mereka? Hati ini terdetik sayu. Sesekali, aku sebak mengenangkan nasib mereka. Sudah hampir setahun jejakku ditinggalkan di situ, namun perasaan hiba ini masihku simpan sehingga sekarang. Ya... Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka memberikanku memori yang cukup indah. Secalit memori ini disimpan lama dalam benak fikiran ini sehingga mampu aku susuri bisikan hati ini. Aku mahu ketemu mereka lagi. Aku mahu berkongsi kisah suka dan duka bersama mereka. Aku tahu, mereka sehingga sekarang masih menunggu kami. Menunggu untuk cerita semalam. 



Biarkan sekeping gambar itu menceritakan segala-galanya





Sehangat memori semalam yang sempat disisipkan menjadi kenangan


Senyum tak semestinya suka,
Sedih tak semestinya duka,
Kadang-kadang senyum dan sedih itulah yang bisa membuatkan kita berfikir sejenak. Renung-renungkanlah!...

Secalit inspirasi daripada:
Penyanyi: Shila Amzah(OIAM)
Tajuk Lagu: Memori Tercipta


Klik pada link untuk lirik lagu